PANDUAN DAN PERATURAN MAJLIS

MAJLIS KONVOKESYEN KE-3 KURSUS ASUHAN & DIDIKAN AWAL KANAK-KANAK PERMATA
ASIA UBS TRAINING & CONSULTANCY
5 OKTOBER 2024 (SABTU) | Chancellor Hall, Management & Science University (MSU), Shah Alam

a. Kaunter Pendaftaran & Pengambilan Jubah akan dibuka seawal jam 8 pagi di kawasan U-Plaza. Hanya graduan sahaja yang perlu mendaftar dan berada di kaunter bagi memastikan kelancaran urusan pendaftaran. Pengiring diminta untuk tunggu di ruang legar luar dewan sewaktu proses pendaftaran berlangsung.

b. Sesi pendaftaran dan pengambilan jubah graduan hanya dibuka selama 45 minit sahaja bermula jam 8 – 8.45 pagi. Sebarang masalah yang timbul atas kelewatan graduan adalah di bawah tanggungjawab sendiri.
Semua graduan perlu mendaftarkan diri dengan menandatangani senarai nama yang tersedia beserta pengesahan jumlah pengiring. Pastikan anda mendapat kad nama masing-masing yang disediakan urusetia di kaunter bagi tujuan kegunaan sewaktu sesi penganugerahan sijil di pentas utama. Kad nama perlu disimpan dengan baik sehingga tamat sesi penganugerahan.

c. Sesi taklimat ringkas graduan akan dibuat tepat jam 8.45 pagi di dalam dewan majlis. Semua graduan WAJIB hadir mendengar taklimat bagi mengetahui pergerakan acara agar majlis berjalan lancar.

d. Etika pemakaian graduan lelaki dan perempuan ialah “smart and casual”, sopan dan sebaiknya berlengan panjang. Persalinan lengkap tradisional juga adalah dibenarkan. Kasut bertutup formal dengan pilihan warna yang bersesuaian. ‘Sneaker’ dan kasut sukan tidak dibenarkan.

e. Graduan diminta kembali berkumpul semula di depan dewan jam 9.45 pagi untuk memulakan acara perarakan masuk. Pengiring hanya akan dibenarkan masuk ke dewan bermula jam 9.30 pagi dan bebas duduk di kerusi yang tersedia dalam dewan – Aras 2 atau Aras 3. Pintu utama akan ditutup tepat jam 10.00 pagi dan tiada pengiring dibenarkan masuk selepas itu.

f. Sebarang bentuk rakaman sama ada audio atau visual bertujuan komersial atau ‘live streaming’ sepanjang majlis berlangsung di dalam dewan adalah tidak dibenarkan. Tindakan undang-undang boleh diambil pihak penganjur jika terdapat pelanggaran bahan rakaman yang dikomersialkan tanpa pengetahuan penganjur.

g. Jurufoto dan juruvideo terlantik oleh penganjur sahaja dibenarkan berada di dalam dewan sepanjang majlis berlangsung. Pengaturan khidmat jurufoto atau juruvideo luar yang dibuat secara individu sama sekali tidak dibenarkan masuk ke dewan majlis sepanjang majlis berlangsung.

h. Graduan diminta untuk kekal berada di dalam dewan sehingga majlis tamat sebagai tanda menghormati tetamu utama yang hadir.

i. Pengiring yang membawa kanak-kanak bawah 4 tahun perlu mengesahkan butiran lanjut pada senarai yang akan diberikan pihak penganjur sebelum hari majlis. Tiada kerusi tambahan tersedia di meja makan. Dinasihatkan pengiring membawa bekal kudapan bersesuaian untuk kanak-kanak kerana tempoh perjalanan majlis yang panjang. Pengiring diminta mengawal kanak-kanak yang dibawa sepanjang berada di dalam dewan.

j. Penganjur berhak membuat sebarang pindaan atau penambahan peraturan majlis dalam mana-mana situasi mengikut keperluan semasa.

k. Ruang makan tersedia di luar dewan. Graduan & para pengiring boleh mengambil tempat duduk mengikut nombor meja yang telah ditentukan oleh pihak penganjur. Senarai nombor meja akan diberikan pihak penganjur sebelum hari majlis.

l. Pemulangan jubah lengkap perlu dibuat di kaunter jubah yang sama sebelum jam 3 petang. Akibat daripada kehilangan, kerosakan atau kegagalan memulangkan jubah pada tempoh waktu yang ditetapkan menjadi tanggungjawab graduan sendiri.

m. Graduan boleh mengambil Salinan sijil di kaunter pendaftar sebeum memulangkan jubah. Graduan juga layak mendapatkan jambangan bunga segar dan bergambar individu di studio yang tersedia. Graduan diingatkan untuk mengisi dokumen yang akan disediakan pihak jurugambar bagi urusan pengeposan gambar ke alamat masing-masing.  

VIDEO LOKASI

Chancellor Hall, Management & Science University (MSU), Seksyen 13 Shah Alam

GAMBARAN LOKASI

Performing Arts Theatre, Management & Science University (MSU), Seksyen 13 Shah Alam

HUBUNGI KAMI
Jika anda ada sebarang pertanyaan
mengenai Majlis Konvokesyen,
Pembayaran dan sebagainya,
sila hubungi kami ditalian :

012-573 2436 (Puan Hanisal)
010-655 9498 (Puan Zainab)
016-494 8182 (Encik Azam)
SITESEAL

Protected by Sectigo

Payment by Billplz